Bolehkah saya ambil atau hantar sendiri peralatan tersebut?
Boleh. Pelanggan kami sentiasa ada pilihan untuk ambil sendiri atau kami boleh hantar terus ke tapak projek anda.
Di mana lokasi tapak simpanan Cone Rental?
Tapak simpanan Cone Rental terletak di No. 18, Bangi Hub Suntrack Industrial Park, Jalan P/1A, Kawasan Perindustrian Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Apa maksud “deliver only Vs Deliver & Collect”?
Pelanggan kami ada pilihan sama ada peralatan sewa dihantar oleh kami dan dipulangkan sendiri oleh pelanggan, atau kami hantar dan ambil semula dari tapak projek.
Adakah Cone Rental beroperasi di kawasan saya?
Kami menghantar ke seluruh Semenanjung Malaysia menggunakan lori sendiri, dengan servis terpantas di Klang Valley. Kami tidak menghantar ke Sabah dan Sarawak buat masa ini. WhatsApp kami di +6016-227 9079 dengan lokasi tapak projek anda dan kami akan sahkan caj pengangkutan.
Bolehkah saya hubungi syarikat yang hantar peralatan untuk servis?
Jika anda memerlukan bantuan atau ada apa-apa persoalan berkaitan peralatan sewa anda, sila hubungi Penyelaras Cone Rental anda di +6016-227 9079.
Bila peralatan saya akan diambil semula?
Walaupun kami berusaha sedaya upaya untuk mengambil semula peralatan secepat mungkin sebaik sahaja tempoh sewa tamat, isu penjadualan atau perkara tidak dijangka lain kadangkala boleh menyebabkan kelewatan. Peralatan mungkin lambat diambil beberapa jam, hari, atau ada kalanya sehingga beberapa minggu selepas masa yang ditetapkan. Dalam keadaan sebegini, pelanggan bertanggungjawab menjaga peralatan tersebut di kawasan kerja sehingga ia diambil. Sekiranya anda tidak mampu menyimpan peralatan atau memerlukan ia diambil dari tapak sebelum tarikh atau masa yang ditetapkan, sila maklumkan kepada Penyelaras Cone Rental anda lebih awal.
Perlukah saya telefon apabila selesai guna peralatan?
Anda hanya perlu hubungi kami jika salah satu keadaan berikut berlaku:
- Jika anda perlukan peralatan lebih lama daripada tempoh sewa yang disahkan, sila hubungi kami sekurang-kurangnya 1 hari lebih awal sebelum tempoh sewa tamat untuk atur lanjutan.
- Jika kami tidak dapat mengambil semula peralatan di akhir tempoh sewa disebabkan pintu berkunci atau isu akses lain, caj akan dikenakan untuk hari sewa tambahan.
Adakah saya bertanggungjawab atas kerosakan?
Dalam kebanyakan kes, ya. Untuk butiran lengkap polisi sewa kami, sila rujuk Terma & Syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian Sewa yang disediakan.
Jika peralatan sewa saya dihantar pada jam 10 pagi untuk sewaan 1 Hari, berapa lama saya boleh guna peralatan tersebut?
Anda boleh gunakan peralatan sehingga 24 jam iaitu sehingga jam 10 pagi pada hari bekerja berikutnya. Jika anda guna peralatan lebih daripada satu (1) Hari, caj akan dikenakan mengikut kadar harian.
Bolehkah saya dapatkan penghantaran esok?
Boleh, dalam kebanyakan kes kami dapat menghantar peralatan pada keesokan hari. Sila ambil maklum bahawa slot penghantaran awal pagi cepat penuh dan mungkin tidak tersedia. Dalam sesetengah kes, jika peralatan dan lori tersedia, kami boleh hantar pada hari yang sama.
Berapa lama setiap tempoh sewa?
- Sewa Satu Hari = tempoh 24 jam
- Sewa Satu Minggu = tempoh tujuh hari
- Sewa Satu Bulan = tempoh 28 hari
Adakah anda jamin masa penghantaran?
Kami sentiasa berusaha menghantar peralatan pada masa yang dipersetujui; namun begitu, disebabkan keadaan trafik dan keadaan luar jangka lain, kami tidak menjamin masa penghantaran. Jika peralatan dihantar di luar jangka masa empat jam yang ditetapkan, sila hubungi kami. Jika anda ada masa khusus peralatan perlu dihantar, sila maklumkan kami terlebih dahulu. Caj tambahan mungkin dikenakan.
Adakah harga sewa yang disenaraikan di laman web adalah harga keseluruhan?
Tidak. Harga sewa yang disenaraikan tidak termasuk deposit serta caj ambil dan hantar. Deposit bergantung kepada peralatan yang anda pilih, dan kami akan sahkan sekali dengan sebut harga anda melalui WhatsApp.
Bagaimana jika barang sewaan rosak?
Semua barang sewaan mempunyai “Harga Belian” piawai dan sekiranya barang rosak, pelanggan akan dikenakan harga belian tersebut dan deposit akan ditolak daripada jumlah harga. Caj sewa akan dikenakan mengikut tempoh masa penggunaan.